Friday, March 4, 2011

Surah Yassin



Imam al-Ghazali r.a berkata : Ketahuilah wahai saudaraku, adalah surah yassin ini amat banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama'.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya telah bersabda nabi s.a.w,: bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati atau intinya, maka hati atau inti Al-Quran itu adalah surah Yassin.

Fadhilat membaca Al-Quran:

1. Sabda nabi s.a.w: barang siapa membaca surah Yassin pada malam hari, maka pada paginya akan diampunkan dosa-dosanya yang kecil-kecil. Meriwayatkan hadis ini oleh Abu Nu'aim daripada Al-Hilyah.

2. Sabda Nabi s.a.w : Barang siapa membaca surah yassin sebanyak satu kali maka seolah-olahnya dia membaca Al-Quran sebanyak dua kali. Telah meriwayatkan hadis ini oleh imam baihaqi di dalam sya'bul iman.

10 Keberkatan Surah Yassin
Ulama- ulama menerangkan bahawa surah Yasin itu mengandungi 10 berkat iaitu :

1. Tiada membaca akan dia oleh yang lapar dan dahaga melainkan akan merasa kenyang
dan hilang dahaganya.
2. Binatang peliharaan yang tersesat akan dipulangkan kembali kepada tuannya.
3. Tiada membaca akan dia oleh orang yang tiada berpakaian melainkan datang
pakaiannya.
4. Tiada yang bujang melainkan bertemu jodohnya.
5. Menghilangkan ketakutan dan menimbulkan keamanan.
6. Menyembuhkan penyakit.
7. Melepaskan dari kurungan
8. Memelihara orang yang musafir dalam perjalanannya.(diberikan pertolongan
kepadanya)
9. Menghapuskan perasaan sedih dan dukacita.
10. Mengembalikan barang yang hilang yang telah dicuri orang.

Sumber rujukan :

1. Buku Fadhilat dan Amalan Membaca Surah-surah Pilihan
2. 10 keberkatan Surah Yasin & faedahnya by Wanita Solehah Itu, Bidadari Syurga.




No comments:

Post a Comment