Wednesday, March 30, 2011

Doa

Ramai orang yang teraniaya di atas muka bumi Allah ini....dianiayai oleh makhluk yang rakus dengan kehidupan dunia...kekuasaan ..dan terpedaya dengan kehebatan dan kekayaan yang Allah berikan kepada mereka tanpa mereka sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar bahawa segala kehebatan, kemewahan dan kuasa di atas muka bumi ini hanyalah sebagai ujian Allah kepada mereka......





sebak bila mendengar doa yang dibacakan, bertambah sebak bila beliau ditangkap oleh manusia-manusia zalim yang tidak takut pada Allah yang maha berkuasa. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Walaupun doa ini telah dibaca beberapa tahun dahulu tapi ia masih segar dalam ingatan dan pendengaran saya. Semoga Allah memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang teraniaya....amin ya rabbal A'lamin...

Surah Al-Anfal ayat 19...

19. jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak Yang benar) maka Sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka Yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang beriman.



Tuesday, March 22, 2011

Bala Bencana




































Akhir-akhir ini kita melihat dunia yang semakin uzur bertambah uzur dengan berlakunya gempa bumi, ribut taufan, tsunami, banjir besar, peperangan demi peperangan, pembunuhan, kebakaran, penyakit, dan sebagainya..kita selalu berkata...kasihan mereka, simpati.....adakalanya kita turut menangis melihat penderitaan yang dilalui oleh mereka yang ditimpa musibah. Begitulah sifat penyayang yang ada di dalam diri kita...Alhamdulillah...saya mengajak diri saya dan para pembaca berfikir dan melihat kembali semua bala bencana yang telah Allah turunkan kepada kita...Mengapa semua itu berlaku...

surah Ar Rumm ..ayat 41..

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Cuba kita sama-sama mengetuk hati dan jiwa kita untuk menilai apa yang tertulis di dalam Al-Quran.....mengapa masih ada yang cuba menafikan ayat-ayat Allah ...sudah tertulis bahawa kerosakan dan bala bencana di darat dan laut itu disebabkan perbuatan kita semua sebagai hamba Allah yang tidak mahu bersyukur dan memelihara setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat..(Manakala maksud Kufur Nikmat ialah tidak menggunakan nikmat Allah S.W.T pada jalan yang betul. Dengan kata lain, menggunakan nikmat yang diberikan pada jalan yang dibenciNYA)....


Lihatlah kekejaman manusia












Bilakah kita akan sedar semua yang berlaku di alam ini adalah disebabkan kesalahan kita sendiri....sama-samalah kita belajar untuk berfikir saat ini.....jangan kita menunda masa berfikir hingga sampai satu masa yang kita tidak lagi perlu untuk berfikir...

Sama-samalah kita membuka hati, jiwa dan seluruh jasad kita untuk mendekatkan diri pada Allah, mencintai rasulullah....berdoalah supaya kita menjadi hamba Allah yang benar-benar bersyukur dan ikhlas dalam setiap amal ibadah kita semata-mata kerana Allah....niatkanlah setiap amal kita adalah sebagai jihad fisabilillah....

Janganlah kita megahkan kehidupan dunia kita ....setiap yang kita ada adalah milik Allah semata-mata..Allah berhak memberi dan mengambil semuanya sebagai ujian Allah kepada kita...

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah ...mukminin dan mukminat yang menetapkan setiap amalan adalah tanda kita bersyukur di atas kasih sayang Allah kepada kita...insya'Allah


Friday, March 4, 2011

Surah Yassin



Imam al-Ghazali r.a berkata : Ketahuilah wahai saudaraku, adalah surah yassin ini amat banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama'.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya telah bersabda nabi s.a.w,: bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati atau intinya, maka hati atau inti Al-Quran itu adalah surah Yassin.

Fadhilat membaca Al-Quran:

1. Sabda nabi s.a.w: barang siapa membaca surah Yassin pada malam hari, maka pada paginya akan diampunkan dosa-dosanya yang kecil-kecil. Meriwayatkan hadis ini oleh Abu Nu'aim daripada Al-Hilyah.

2. Sabda Nabi s.a.w : Barang siapa membaca surah yassin sebanyak satu kali maka seolah-olahnya dia membaca Al-Quran sebanyak dua kali. Telah meriwayatkan hadis ini oleh imam baihaqi di dalam sya'bul iman.

10 Keberkatan Surah Yassin
Ulama- ulama menerangkan bahawa surah Yasin itu mengandungi 10 berkat iaitu :

1. Tiada membaca akan dia oleh yang lapar dan dahaga melainkan akan merasa kenyang
dan hilang dahaganya.
2. Binatang peliharaan yang tersesat akan dipulangkan kembali kepada tuannya.
3. Tiada membaca akan dia oleh orang yang tiada berpakaian melainkan datang
pakaiannya.
4. Tiada yang bujang melainkan bertemu jodohnya.
5. Menghilangkan ketakutan dan menimbulkan keamanan.
6. Menyembuhkan penyakit.
7. Melepaskan dari kurungan
8. Memelihara orang yang musafir dalam perjalanannya.(diberikan pertolongan
kepadanya)
9. Menghapuskan perasaan sedih dan dukacita.
10. Mengembalikan barang yang hilang yang telah dicuri orang.

Sumber rujukan :

1. Buku Fadhilat dan Amalan Membaca Surah-surah Pilihan
2. 10 keberkatan Surah Yasin & faedahnya by Wanita Solehah Itu, Bidadari Syurga.