Sunday, September 25, 2011

Wahai Anak-anakku

Wahai anak-anakku...cuba kita imbas kembali saat anak-anak masih kecil, siapakah yg menyuap mulut mu dengan makanan...siapakah yg menyusukan mu, siapakah yg memandikan mu, siapakah yg bertungkus lumus bangun pagi menyiapkan mu ke sekolah, siapakah yg bersengkang mata tatkala kamu sakit, siapakah yg menyisir rambutmu dengan kemas, siapakah yg membelikan pakaian mu, siapakah yg membelikan kasut-kasutmu, siapakah yg menurut kata permintaan mu, siapakah yg menyapu minyak urut ketika kamu sakit perut, siapakah yg membelikan nasi bungkus sebagai makanan mu waktu lapar, siapakah yg menggosokkan pakaian sekolah mu ketika kamu belum pandai mengosoknya sendiri, siapakah yg menghulur wang saku utk kamu ke sekolah, hatta pakaian dalammu sekalipun dari manakah sumber wang yg digunakan utk membelinya.Jawapannya ibu dan ayah kamu yg bertungkus lumus mencari rezeki...

tergamakkah kamu melupakan jasa-jasa mereka yang tidak akan mampu kamu balas walau dengan wang ringgit yg berjuta. Tergamakkah kamu mengherdik dan memburuk-burukkan org tua kamu hanya kerana kesilapan kecil (kesilapan kecil jika dibandingkan dengan jasa mereka) yang mereka lakukan ke atasmu, apakah kamu tidak dapat menilai sedikit pun penat lelah mereka membesarkan kamu, menyekolahkan kamu, membayar yuran-yuran sekolah kamu, memberikan wang saku...pernahkah kamu bertanya kepada mereka, adakah mereka mempunyai wang yg cukup setiap bulan utk menanggung kehidupan...membela anak-anak, membayar segala hutang piutang....pernahkan kamu bertanya??

selalu-selalulah memerhatikan ibu dan ayah kita, ambillah berat tentang mereka, mereka juga ada perasaan. Janganlah kita lalai dalam menjaga hati org tua...bertindaklah segera, sebelum mereka menutupkan mata....

sayangilah mak dan abah kita....kita lahir dari benih mereka....meskipun ada di antara kita anak angkat atau anak tiri...mereka tetap ibu bapa kita...

Tuesday, May 31, 2011

Anak Derhaka


Keterangan Hadis diriwayatkan Imam Tabarani,

Tanda-tanda kiamat
1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan org tua
2. Hujan berkurangan, cuaca menjadi panas, udara telah tercemar
3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan utk berbuat jahat terlalu banyak
4. Orang yg membuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yg sewajarnya
5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua
6. Orang-orang jahat sudah berani melawan orang baik dan tidak segan terhadap mereka

dipetik daripada kuliah ustaz Azhar Idrus

Belajarlah menyayangi orang tua kita...tanpa mereka tiadalah kita dengan izin Allah...jangan sesekali kita melukakan hati mereka. Jadilah anak-anak yang soleh yg mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan berbakti kepada mereka. Jangan sesekali kita menjadi anak yang derhaka. Jangan sesekali kita meninggikan suara melebihi suara ibu bapa kita...

Bagaimana sikap kita hari ini kepada kedua ibu bapa kita, begitulah sikap anak-anak kita kepada kita suatu hari nanti insya'Allah. Kenanglah susah payah mereka membesarkan kita.


Wednesday, March 30, 2011

Doa

Ramai orang yang teraniaya di atas muka bumi Allah ini....dianiayai oleh makhluk yang rakus dengan kehidupan dunia...kekuasaan ..dan terpedaya dengan kehebatan dan kekayaan yang Allah berikan kepada mereka tanpa mereka sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar bahawa segala kehebatan, kemewahan dan kuasa di atas muka bumi ini hanyalah sebagai ujian Allah kepada mereka......





sebak bila mendengar doa yang dibacakan, bertambah sebak bila beliau ditangkap oleh manusia-manusia zalim yang tidak takut pada Allah yang maha berkuasa. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Walaupun doa ini telah dibaca beberapa tahun dahulu tapi ia masih segar dalam ingatan dan pendengaran saya. Semoga Allah memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang teraniaya....amin ya rabbal A'lamin...

Surah Al-Anfal ayat 19...

19. jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak Yang benar) maka Sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka Yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang beriman.



Tuesday, March 22, 2011

Bala Bencana




































Akhir-akhir ini kita melihat dunia yang semakin uzur bertambah uzur dengan berlakunya gempa bumi, ribut taufan, tsunami, banjir besar, peperangan demi peperangan, pembunuhan, kebakaran, penyakit, dan sebagainya..kita selalu berkata...kasihan mereka, simpati.....adakalanya kita turut menangis melihat penderitaan yang dilalui oleh mereka yang ditimpa musibah. Begitulah sifat penyayang yang ada di dalam diri kita...Alhamdulillah...saya mengajak diri saya dan para pembaca berfikir dan melihat kembali semua bala bencana yang telah Allah turunkan kepada kita...Mengapa semua itu berlaku...

surah Ar Rumm ..ayat 41..

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Cuba kita sama-sama mengetuk hati dan jiwa kita untuk menilai apa yang tertulis di dalam Al-Quran.....mengapa masih ada yang cuba menafikan ayat-ayat Allah ...sudah tertulis bahawa kerosakan dan bala bencana di darat dan laut itu disebabkan perbuatan kita semua sebagai hamba Allah yang tidak mahu bersyukur dan memelihara setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat..(Manakala maksud Kufur Nikmat ialah tidak menggunakan nikmat Allah S.W.T pada jalan yang betul. Dengan kata lain, menggunakan nikmat yang diberikan pada jalan yang dibenciNYA)....


Lihatlah kekejaman manusia












Bilakah kita akan sedar semua yang berlaku di alam ini adalah disebabkan kesalahan kita sendiri....sama-samalah kita belajar untuk berfikir saat ini.....jangan kita menunda masa berfikir hingga sampai satu masa yang kita tidak lagi perlu untuk berfikir...

Sama-samalah kita membuka hati, jiwa dan seluruh jasad kita untuk mendekatkan diri pada Allah, mencintai rasulullah....berdoalah supaya kita menjadi hamba Allah yang benar-benar bersyukur dan ikhlas dalam setiap amal ibadah kita semata-mata kerana Allah....niatkanlah setiap amal kita adalah sebagai jihad fisabilillah....

Janganlah kita megahkan kehidupan dunia kita ....setiap yang kita ada adalah milik Allah semata-mata..Allah berhak memberi dan mengambil semuanya sebagai ujian Allah kepada kita...

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah ...mukminin dan mukminat yang menetapkan setiap amalan adalah tanda kita bersyukur di atas kasih sayang Allah kepada kita...insya'Allah


Friday, March 4, 2011

Surah Yassin



Imam al-Ghazali r.a berkata : Ketahuilah wahai saudaraku, adalah surah yassin ini amat banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama'.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya telah bersabda nabi s.a.w,: bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati atau intinya, maka hati atau inti Al-Quran itu adalah surah Yassin.

Fadhilat membaca Al-Quran:

1. Sabda nabi s.a.w: barang siapa membaca surah Yassin pada malam hari, maka pada paginya akan diampunkan dosa-dosanya yang kecil-kecil. Meriwayatkan hadis ini oleh Abu Nu'aim daripada Al-Hilyah.

2. Sabda Nabi s.a.w : Barang siapa membaca surah yassin sebanyak satu kali maka seolah-olahnya dia membaca Al-Quran sebanyak dua kali. Telah meriwayatkan hadis ini oleh imam baihaqi di dalam sya'bul iman.

10 Keberkatan Surah Yassin
Ulama- ulama menerangkan bahawa surah Yasin itu mengandungi 10 berkat iaitu :

1. Tiada membaca akan dia oleh yang lapar dan dahaga melainkan akan merasa kenyang
dan hilang dahaganya.
2. Binatang peliharaan yang tersesat akan dipulangkan kembali kepada tuannya.
3. Tiada membaca akan dia oleh orang yang tiada berpakaian melainkan datang
pakaiannya.
4. Tiada yang bujang melainkan bertemu jodohnya.
5. Menghilangkan ketakutan dan menimbulkan keamanan.
6. Menyembuhkan penyakit.
7. Melepaskan dari kurungan
8. Memelihara orang yang musafir dalam perjalanannya.(diberikan pertolongan
kepadanya)
9. Menghapuskan perasaan sedih dan dukacita.
10. Mengembalikan barang yang hilang yang telah dicuri orang.

Sumber rujukan :

1. Buku Fadhilat dan Amalan Membaca Surah-surah Pilihan
2. 10 keberkatan Surah Yasin & faedahnya by Wanita Solehah Itu, Bidadari Syurga.




Saturday, February 26, 2011

Belajar Tanpa Guru



Gambar sbg hiasan sahaja, diambil drp wana93.wordpress

Dicatat oleh Ibnu Nafis Label: Adab Belajar/Disiplin Ilmu Soalan : Assalamualaikum, saya nak tanya. Pak cik saya ada kata ada hadis yang menyatakan belajar tanpa bimbingan guru umpama belajar bersama dengan syaitan. Apa pendapat anda? Saya tak pasti akan kesahihannya dan saya rasa sahih kerana pak cik saya seorang ustaz. Namun, mungkin ia ada maksud disebaliknya.Minta penjelasan. Terima kasih~



gambar sbg hiasan sahaja, diambil drp sobatbelajarmu.blogspot.com

Jawapan oleh Ustaz Abdul Kadir: Pertamanya menjawab persoalan yang ditimbulkan di awal thread ini. Adakah benar hadis belajar tanpa guru adalah berguru dengan syaitan? Ana katakan, ana tidak pernah menjumpai matan hadis sedemikian dalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Ana katakan “tak pernah jumpa”, bukan ana katakan ia palsu tau. Namun begitu para ulamak biasa menyebut kalam ini di dalam kitab-kitab mereka. Ingat satu perkara yang mesti kita iktiqad, ulamak agung silam takkan dengan sengaja menulis sesuatu mengikut hawa nafsu dan meletakkan sesuatu yang mereka anggap salah. Mereka tentu beranggapan kalam tersebut adalah benar. Hormatilah ulamak dan jangan bersikap kurang ajar dengan mereka. Lebih-lebih lagi dengan kalam yang lebih sahih iaitu “sesungguhnya ilmu itu didapati dengan dipelajari.”

Imam Syafie pula pernah menyatakan, “sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam”. Para ulamak juga menyebutkan, “antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh”.

Walaupun kenyataan belajar dengan syaitan itu, tidak didapati sahih dari segi sanadnya (jalur riwayat), tapi ia sahih dari segi maknanya (bagi mereka yang melihat dengan hati yang cerah dan bersikap terbuka). Ia adalah suatu perumpamaan daripada para ulamak untuk memberi peringatan kepada mereka yang suka menjadikan bahan bacaannya sebagai ilmunya. Jangan difahami secara zahir plak ya. Perlu diingat, buku adalah alat sahaja untuk menimba ilmu. Untuk menggunakan alat, perlu kepada yang pakar untuk menunjuk caranya.



gambar sekadar hiasan diambil drp theworldster.com
Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain.

Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru? Buku yang kandungannya penuh dengan Ayat-ayat Alquran dan hadis-hadis yang kuat pun, boleh disalah fahami lantas menatijahkan kesesatan kepada pembacanya.

Oleh kerana itu ulamak zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?

Akan tetapi, bukanlah kita menutup terus pintu bacaan kepada Ummat Islam. Malah Ummat Islam sepatutnya menjadi ummat yang paling rajin membaca. Hanyasanya, bacalah buku mengikut tahap kemampuan masing-masing. Kita akan merasa lucu, jika seorang pelajar fizik sekolah menengah, membaca dan membahaskan teori fizik yang ditulis oleh seorang profesor untuk dibahaskan oleh profesor-profesor lain. Di dalam ilmu agama juga begitu. Tiada masalah untuk kita semua membaca kitab-kitab motivasi agama, sirah para rasul dan sahabat, galakan beribadat dan ancaman terhadap kemaksiatan, dan sebagainya. Namun di sana, ada kitab-kitab yang memerlukan kepada guru yang membimbing. Ada juga yang memerlukan kita membaca, kemudian bertanya kepada guru. Ada juga buku yang boleh dibaca oleh mereka yang sudah mencapai ke tahap pembelajaran yang tertentu.

Hukum tak boleh diambil sekadar membaca. Aqidah jauh sekali. Ini bermakna, memang membaca tanpa berguru itu banyak membawa kesesatan yang disemarakkan lagi oleh syaitan. Namun Islam tetap menggalakkan sikap suka membaca. Islam juga mengajarkan kepada kita adab-adab membaca, cara membaca, apa yang hendak dan boleh dibaca, bila hendak dibaca dan sebagainya, bagi mengelakkan kita menjadi bahan tawa syaitan yang direjam.

http://jomfaham.blogspot.com
disalin dan diposkan semula oleh Habib Ahmad | 16 Mac 2009 di laman web http://pondokhabib.wordpress.com.. disalin kembali utk diposkan ke laman web ini oleh saya sebagai perkongsian ilmu insya'Allah

Sunday, February 20, 2011

Logo Tak Sah Halal (meragukan)



logo 1



logo 2



logo 3


logo 4


logo 5



Logo 6



logo 7


Atas permintaan....saya kemukakan beberapa logo halal yang meragukan ..boleh buat semakan dengan jakim samaada maklumat ini benar atau tidak....logo yg diterima pakai seperti yg telah dikeluarkan sebelum ini...

Logo Halal



Sila pastikan setiap kali sebelum anda memasuki mana-mana kedai makanan atau membeli mana-mana barang makanan atau apa sahaja yang sepatutnya bertanda halal, terdapatnya logo halal yang sohih...walau bagaimanapun anda amat digalakkan untuk menyemak status halal makanan atau barangan yang dibeli terus daripada website halal malaysia...dan mendapat jawapan terus daripada pihak JAKIM sendiri atau http://www.hdcglobal.com kerana terdapat berita sohih drp radio ikim yg saya dengar sebelum pergi kerja tempoh hari bahawa terdapat banyak barangan yang bertanda halal tetapi tidak halal ...wallah hu a'lam....kehalalan makanan yang dimakan penentu jalan masa depan bagi diri, anak-anak dan keluarga insya'Allah...

Ayam KFC Jawapan Aduan Siar



Petikan komen yg saya perolehi drp siaran ayam KFC tempoh hari.

Mr.Eve said...
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=aduan/aduan_siar#

sila klik pada aduan tersebut... harap anda dapat pastikan sumber sebelum membuat fitnah

FEBRUARY 18, 2011 9:55


Terpulang pada pemikiran saudara saudari....di bawah disiarkan jawapan aduan ttg kehalalan ayam KFC....mungkin sesekali mana-mana pihak drp org awam boleh membuat lawatan terbuka ke kilang pemprosesan ayam KFC supaya lebih jelas tentang bagaimana sembelihan ayam dan pemprosesannya dilakukan....soal halal haram bukan soal mainan...bukan soal kecil yang boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak...sekiranya pihak KFC telah mematuhi syarat2 halal yang digariskan oleh Islam/syarak alhamdulillah...tetapi sekiranya sebaliknya penyiaran ttg kehalalannya adalah satu dosa yg amat besar kpd seluruh umat Islam. Mudah-mudahan pihak KFC telah mematuhi syarat halal tersebut.

di bawah adalah jawapan yg diberikan bagi pihak KFC melalui http://www.halal.gov.my/v2/ ..terpulang kepada penilaian saudara saudari...saya hanya menyiarkan mengikut apa yang sepatutnya sebagai tanggung jawab sesama Islam menjaga kualiti kehidupan umat Islam. Wallah hu a'lam

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN, Isu Ustaz Daud Che Ngah dan Ayam KFC / Produk AYAMAS Saya merujuk kepada email FITNAH yang masih terus disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab berkaitan dengan perkara diatas yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan integriti KFC dan QSR Brands (M) Berhad sebagai sebuah syarikat yang dikuasai oleh Jcorp melalui Kulim Berhad sejak Julai 2006 dalam industri penyediaan makanan Halal. Sejak pengambil alihan tersebut, diantara perkara UTAMA dan TERPENTING diambil tindakan oleh pihak pengurusan syarikat ialah penubuhan Jabatan Shariah & Pematuhan Halal yang mengendalikan ursuan berkaitan pemantauan Halal dalaman bagi mempastikan semua produknya disediakan selamat dan Halal dimakan oleh umat Islam. Dengan panduan yang diberi oleh Majlis Penasihat Shariah, jabatan ini bukan sahaja bergantung kepada pemantauan bebas HDC (dulunya JAKIM) dalam soal pematuhan Halal oleh setiap unit bisness di dalam syarikat kumpulan nya, malah, lebih jauh daripada itu syarikat telah mewujudkan Unit Audit Halal yang mengambil tanggung jawab memantau dengan rapi setiap tahap penyediaan dan proses produk keluaran nya. Selain mematuhi piawaian Halal yang terkandung dalam MS 1500:2004 yang berkaitan dengan penyediaan makanan Halal, panduan persijilan Halal JAKIM, GMP, HACCP dan piawaian Jabatan Haiwan Malaysia, Jabatan Shariah & Pematuhan Halal telah mewujudkan satu sistem jaminan Halal komprehensif dalam semua rantaian makanan daripada “farm to fork”. Sebaran email FITNAH (sejak 23 tahun yang lalu) yang berterusan itu amat tidak adil, tidak bertanggung jawab dan sesungguhnya memperlihatkan sifat mungkar penyebarnya dan yang meneruskan penyebaran nya secara berterusan dan menyebarnya secara meluas tanpa sedikitpun mengambil kira kesahihan nya (suatu sifat keji yang dilarang oleh agama) dalam keadaan semasa. Disertakan bersama-sama ini surat penafian dan rasa kekesalan yang dibuat oleh Ustaz Daud Che Ngah (yang kini bergelar Datuk) berhubung penyebaran fitnah tersebut secara berterusan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, sekiranya benar-benar ingin mencegah kemungkaran, dan membantu kami dalam melaksanakan fardu kifayah menyediakan makanan Halal kepada masyarakat, email berkenaan seharusnya tidak lagi disebar atau dihiraukan bagi mengelakan kita turut bersubahat dengan kemungkaran menyebar FITNAH. Sebaliknya, sebarluaskanlah email saya ini agar kebenaran mengatasi kepalsuan dan akhirnya kita semua memperolehi keberkatan, InsyaAllah. Sebarang masaalah dan kemusykilan berkaitan isu ini perlu disusul dan dipastikan kesahihan nya dengan piahk JAKIM dan HDC sebagai pengawal selia persijilan Halal di Malaysia atau boleh menghubungi terus Jabatan Shariah & Pematuhan Halal QSR Brands / KFC (M) Berhad email: halal@kfcholdings.com.my bagi mendapatkan kepastian. Sekian, Wassalam Mohd Roslan bin Mohd Saludin, Setiausaha, Majlis Penasihat Shariah QSR Brands / KFC Holdings (M) Berhad

Saturday, February 19, 2011

Nujum Perbintangan (horoscope)




Ramai orang percaya pada ilmu nujum perbintangan....selalu membacanya...menjenguk ramalannya..tp bila kita kata tak boleh..salah ..dan berdosa....mereka akan jawab....ala bukannya percaya..saja baca-baca je...tp hakikatnya...suatu yg kita baca...bila tiba-tiba ia berlaku secara kebetulan tersama dengan yg diramalkan oleh ilmu nujum perbintangan ...hati akan terdetik..."ermm mcm kata ilmu nujum perbintangan tu arr" ...horoscope arr tu...boleh jatuh syirik...masih kah mahu membaca atau mempercayainya....tak ubah seperti kita datang kepada tukang-tukang tilik tangan atau kita berjumpa dengan tukang tilik kad guna burung ....sudah-sudahlah..insaf dan bertaubat dgn taubatan nasuha...



dipetik daripada http://www.islam-qa.com/id/ref/22445
Ilmu Nujum (Perbintangan)
Bolehkan Membaca Tanda-tanda Pada Orbit-orbit Bintang?

Al-Hamdulillah.
Qatadah berkata: Al-Bukhari menyatakan dalam Shahih-nya: Allah menciptakan bintang-bintang itu untuk tiga kegunaan: sebagai hiasan, sebagai penimpuk syetan dan sebagai tanda-tanda yang dijadikan rambu-rambu jalan. Barangsiapa menakwilkannya, berarti ia telah keliru dan membuang-buang waktunya serta membebani diri dengan sesuatu yang tidak diketahuinya." Shahihul Bukhari bab: tentang ilmu perbintangan (II : 420)
Ilmu perbintangan itu sendiri ada dua: Ilmu Ta-tsier yakni bahwa orbit bintang itu memiliki pengaruh terhadap alam (Astrologi), dan ilmu taysir, yakni ilmu tentang orbit-orbit bintang saja. Ilmu ta-tsier itu sendiri ada tiga bagian:

1. Ilmu Ahawadits Wasy Syurur yakni dengan keyakinan bahwa bintang-bintang itu dengan sendirinya memberikan pengaruh dan berlaku sebagai subjek pelaku, dalam arti bintang-bintang itulah yang menciptakan pengaruh. Hukumnya adalah syirik besar, karena pelakunya mengklaim bahwa ada pencipta lain selain Allah, berarti ia musyrik dengan kemusyrikan besar. Karena ia telah menjadikan makhluk yang dibebani hukum sebagai pencipta dan pembuat hukum.

2. Mengklaim, bahwa semua bintang-bintang itu sebagai sebab yang menurut mereka dijadikan untuk mengetahui ilmu ghaib. Mereka mengambil simbol dari gerakan, perpindahan dan perubahan pada bintang-bintang tersebut. Seperti mengatakan: "Akan terjadi ini dan itu, karena bintang Anu berubah menjadi begini dan begitu. Atau si fulan akan sengsara hidupnya karena ia lahir di putaran bulan ini dan itu. Sementara orang ini akan bahagia, karena lahir di orbit bulan ini. Mereka menjadikan ilmu perbintangan itu sebagai sarana untuk mengklaim mengetahui ilmu ghaib. Sementara mengaku mengetahui ilmu ghaib adalah kekufuran yang mengeluarkan pelakunya dari Islam. Karena Allah berfirman:

" Katakanlah:"Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.." (An-Naml : 65)

Ini merupakan "kata pengikat" yang paling kuat, karena menggabungkan antara kata yang menunjukkan kalimat negatif (tidak) dengan pengecualian (kecuali). Siapa saja yang mengklaim dirinya mengetahui ilmu ghaib, berarti ia telah mendustakan Al-Qur'an.

3. Dengan meyakini bahwa bintang-bintang itu menjadi sebab terjadinya kebaikan dan keburukan. Itu merupakan syirik kecil. Yakni apabila terjadi sesuatu, langsung dihubungkan kepada bintang-bintang itu. Namun hanya menghubung-hubungkannya bila telah terjadi saja.
Kaidahnya, bahwa siapa saja yang menjadikan sesuatu sebagai sebab yang tidak dijadikan oleh Allah, maka ia telah melanggar batas terhadap Allah. Seperti orang yang mencari kesembuhan dengan mengikatkan benang. Karena yang menetapkan satu sebab hanyalah Allah semata. Misalnya dikatakan: "Saya yakin bahwa kesembuhan itu di tangan Allah. Benang ini hanyalah merupakan sarana atau sebab." Kita jawab: "Dengan ucapan itu Anda selamat dari syirik besar, namun terjerumus ke dalam syirik kecil. Karena Allah tidak menjadikan benang itu sebagai sebab kesembuhan secara zhahirnya. Demikian juga orang yang menjadikan bintang-bintang sebagai sebab turunnya hujan, padahal kenyataannya tidaklah demikian. Dengan perbuatan itu, berarti seseorang telah melanggar kedudukan Rububiyyah, dengan menjadikan sesuatu sebagai sebab dari sesuatu yang lain, padahal Allah tidak menjadikan demikian. Dalilnya adalah hadits Zaid bin Khalid Al-Juhani dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim, bahwa Zaid menceritakan: Rasulullah Shallalallahu 'alaihi wa sallam pernah shalat Shubuh bersama kami di Al-Hudaibiyyah di bekas turunnya hujan di malam sebelumnya. Usai shalat, beliau menghadap ke arah jama'ah shalat dan bertanya: "Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Rabb kalian?" Mereka berkata menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Beliau berkata: "Allah berfirman: "Di pagi hari, di antara hamba-hamba-Ku ada yang menjadi mukmin dan ada yang menjadi kafir kepada-Ku. Orang yang mengatakan: "Tadi malam turun hujan untuk kita karena karunia Allah dan rahmat-Nya," maka orang itu beriman kepadaku dan kafir kepada bintang-bintang. Adapun yang berkata: "Tadi malam turun hujan untuk kita karena bintang-bintang tersebut," maka ia telah kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang-bintang itu.."
Allah mengecam orang yang menisbatkan hujan tersebut kepada bintang-bintang meski dalam ruang lingkupsebab musabab. Sementara ilmu bintang itu ada dua, ilmu ta-tsier dan ilmu taysier. Ilmu taisir sendiri ada dua:

1. Yang digunakan untuk kemaslahatan agama, ilmu ini amat perlu sekali, bahkan bila dituntut untuk mengetahui yang wajib hukumnya juga wajib, seperti untuk menunjukkan arah kiblat.

2. Yang digunakan untuk keperluan dunia. Hukumnya boleh-boleh saja. Dan inipun ada dua bagian:
Pertama, untuk mengetahui arah, seperti arah kutub utama atau selatan. Hukumnya boleh-boleh saja. Ketimbang orang harus keliling ke sana ke mari untuk mengetahui arah utara, padahal ada di sampingnya. Firman Allah:

"Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk." (An-Nahl : 16)

Yang kedua, untuk mengetahui waktu musim, yakni dengan mempelajari juga orbit bulan. Yang satu ini dimakruhkan oleh sebagian ulama, namun masih dibolehkan oleh yang lainnya. Yang benar, bahwa hukumnya adalah boleh, tidak dilarang sama sekali. Karena tidak mengandung unsur syirik. Kecuali bila dipelajari lalu disisipkan kepadanya pengenalan terhadap turunnya hujan dan datangnya cuaca dingin, dengan keyakinan bahwa bintang-bintang itulah yang memunculkan kondisi tersebut. Yang demikian jelas syirik. Adapun sekedar mengetahui waktunya, bahwa saat ini adalah musim semi, gugur atau musim dingin, tidak menjadi masalah.

Kitab Al-Lu-lul Makien Fi Fatwa Ibni Jibrin hal. 34

Tuesday, February 15, 2011

Air Mata Keinsafan



Berapa sudah umur kita pada hari ini? 20..25..27..30..36...38..39..43..45..54..atau berapa? Ini bermakna kita telah diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk hidup, bernafas dan menikmati segala nikmat yang Allah sediakan di atas muka bumi ini. Alhamdulillah..sangat bersyukur atas kurniaanNya.

Ini juga bermakna kita telah melalui suatu zaman kehidupan dengan pelbagai pengalaman. Ada yang indah, ada yang tidak, ada yang manis dan ada yang pahit. Sesekali saat kita duduk, saat kita berdiri, saat kita berjalan, saat kita berbaring cubalah kita muhasabah diri, mengingati semula setiap saat yang telah berlalu sepanjang hidup kita. Kalau hari ini kita masih sama seperti dahulu, tiada perubahan ke arah yang lebih baik dalam hidup, kita sebenarnya telah terlalu rugi membiarkan hidup kita berlalu dengan sia-sia.

Sekiranya kita masih mempunyai orang tua, cuba kita tanya diri kita,"bagaimana layanan kita kepada mereka"? cemerlang, baik, sederhana atau sebaliknya. Adakah kita terlalu berkira kpd orang tua kita...tidak pernah menghulurkan sedikitpun wang untuknya, tidak pernah berbakti untuk menyenangkan hati orang tua kita. Adakah kita sering berbantah-bantah pada orang tua kita. Adakah kita sering menyakiti hati orang tua kita?

Sekiranya kita masih sihat,cuba tanya pada diri kita berapa kali kita mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah beri dalam sehari dengan beramal ibadah kepadaNya.

Sekiranya kita berharta, berapa kali dalam seumur hidup kita berderma ke jalan kebajikan atau harta itu digunakan untuk berbelanja dengan boros dan luar kemampuan kita dengan tujuan untuk bermegah-megah pada sesama manusia.

----------------------------------------------------------------------

rencana di bawah dipetik drp http://halaqah.net/v10/index.php?page=555

"Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

“Sesungguhnya jika mereka lurus di atas perjalanan (Islam), Nescaya Kami curahkan kepada mereka air yang lebat. Untuk Kami menguji mereka padanya. Barang siapa berpaling diri dari peringatan Tuhannya (Al-Quran) nescaya Kami masukkan dia ke dalam seksaan yang berat.” (Surah al-Jin: 16-17)

‘Curahan air yang lebat’ itu bermaksud rezeki yang banyak, yang melengkapi segala keperluan hidup manusia.

Islam dengan tegas menegah seseorang membeli barang melebihi keperluan hidup atau berbelanja mengatasi jarum penunjuk pendapatan, lantaran akibatnya akan menimbulkan pembaziran yang dibenci Allah. Jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah, sehingga berlaku pembaziran hanya saja akan menggambarkan tingkah laku orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan sebagaimana keterangan daripada ayat yang bermaksud:

“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (al-Israk: 26 – 27)

Orang boros sebenarnya tidak tahu untuk merancang, tidak ada wawasan, tidak gerun dengan masa depannya yang bakal hadir nanti terbiar begitu saja. Akhirnya ditimpa penyakit miskin dan muflis, sebagai modal untuk menjadi orang yang suka berhutang, meminta-minta dan pada pandangan masyarakat pula jelas menjadi hina dan tidak dihormati. Ekoran itu, akan jadi orang yang dibelenggu seribu masalah dan jiwa pun tidak mungkin disentuh ketenangan lagi.


Meskipun digalakkan supaya berhemah, namun janganlah pula sampai ke tahap sifat kikir atau kedekut. Sebagaimana termaktub dalam ayat yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu…” (al-Israk:29)

Ayat di atas membawa maksud janganlah menahan tangan daripada berbelanja serta memberi nafkah untuk tujuan kebaikan yang mana diumpamakan tangan yang tidak dapat bergerak kerana terbelenggu di leher. Ini adalah kiasan kepada sifat bakhil (Buku Ayat-ayat Hukum: Abdul Latif Muda)

Kita perlu ingat dengan larangan Rasulullah terhadap orang kedekut ini sebagaimana maksud hadis:

“… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.” (HR Muslim)

-----------------------------------------------------------------------------


Sesekali kita perlu belajar untuk menangis kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang usia kita. Sesekali kita perlu menangis kerana rasa sedih mengingati kasih sayang rasulullah s.a.w kepada kita serta perjuangan baginda menyebarkan Islam. Sesekali kita perlu menangis mengenangkan dosa-dosa kita kepada ibu bapa, keluarga, saudara mara dan masyarakat sekeliling kita. Sama-samalah kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t..setiap saat dan setiap ketika...semoga saat kita kembali padaNya...kita kembali dalam husnul khotimah iaitu mengakhiri hidup dengan baik, dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Insya'Allah.

Maulidurrasul s.a.w



Alhamdulillah sampai sudah kita pada tarikh hari keputeraan baginda Rasulullah s.a.w yang amat kita kasihi. Sebagai umat Islam adalah amat wajar untuk kita bersama-sama meraikan hari ulang tahun keputeraan baginda rasulullah s.a.w. Kita boleh bersengkang mata untuk menyiapkan persiapan hari raya atau majlis-majlis besar lain, begitu jugalah dengan menyambut hari ulang tahun kelahiran baginda...keluarkanlah sedikit usaha untuk meraikannya hatta dengan berselawat ke atas baginda rasulullah s.a.w.

"Ijma' Para 'Ulama Membenarkan Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang. Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.

8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."



8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.(bidaah yg baik)

dipetik drp : http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm#2-13

----------------------------------------------------------------------------------
Sejarah dan hukum sambut Maulidurrasul s.a.w

DIkirim oleh epondok di Februari 12, 2011



MAKAM Rasulullah di Masjid Nabawi, Madinah yang menjadi tumpuan dan ziarah umat Islam dari seluruh dunia.




MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Dipetik drp: http://epondok.wordpress.com/2011/02/12/hukum-sambut-maulidurrasul-s-a-w/

Sama-samalah kita menyambut dan meraikan hari kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w dengan cara yg berhemah, tertib dan tidak bercampur aduk dengan lelaki perempuan yg bukan mahram secara tidak benar. Tutuplah aurat dengan sempurna dalam majlis-majlis sambutan maulid nabi s.a.w ...ikutlah sunnah-sunnah nabi s.a.w sbg tanda kasihnya kita kepada baginda sebagaimana kasihnya baginda kepada umatnya.