Monday, May 17, 2010

Kedudukan Rahsia

Firman Allah dalam surah An-Nisa', ayat 148 yang bermaksud," Allah tidak suka pada perkataan-perkataan yang buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah)Allah sentiasa mendengar lagi Maha mengetahui.

Menurut Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, masyarakat perlu bijak menilai kedudukan rahsia. Sekiranya ia melibatkan institusi dan perkara-perkara mungkar, ia perlu didedahkan kepada orang yang selayaknya. contohnya sekiranya ada kes kecurian di dalam masjid dan beberapa pihak menyaksikan perkara itu,ia perlu didedahkan di hadapan hakim. Perkara yang dilakukan itu mungkar. Jangan pula kita di dalam mahkamah di depan Hakim senyap tidak bersuara.

Jika perkara yang melibatkan aib seseorang Muslim lain, rahsia berkenaan wajar dijaga sebaik mungkin. Ini kerana ianya melibatkan maruah seseorang. Allah sentiasa menjaga aib (rahsia) manusia. Namun manusia itu sendiri yang mendedahkan rahsianya.Jika hari ini kita berasa bangga dapat menbuka rahsia orang lain, ingat Allah juga boleh membuka rahsia kita.

Katanya, larangan berkenaan bagaimanapun dibenarkan bagi orang yang teraniaya untuk mendedahkan rahsia atau kejahatan yang dilakukan individu yang melakukan kezaliman.

Dipetik daripada majalah ILuvIslam.

Cuma biasanya bila pendedahan dibuat oleh orang yang teraniaya ...orang itu akan dituduh jahat, suka memburuk-burukkan orang lain dan sebagainya tanpa kita selidiki masalah sebenar mereka yang membuat pendedahan tentang kezaliman yang dilakukan oleh orang lain terhadapnya. Hanya orang yang dizalimi sahaja akan tahu seksanya kezaliman yang dilakukan ke atasnya. Sewajarnya kita mendekati mereka yang dizalimi untuk menjadi pembimbing yang memberikan semangat kepadanya.

Apatah lagi jika pendedahan kezaliman itu menjadi buah mulut orang yang tidak tahu kisah sebenar di sebalik pendedahan tersebut. Maka akan keluarlah lagi kutukan, penghinaan dan sebagainya ke atas orang yang telah dizalimi itu.. Maka orang tersebut akan menjadi tertekan kerana kemungkinan dia dihina dengan fitnah-fitnah, diburuk-burukan. Yang menzalimi pula akan berasa puas bila dia menerima sokongan daripada orang yang tidak tahu kisah sebenar di sebalik pendedahan tentang kezaliman orang yang menganiaya/menzalimi itu.

Amat susah untuk menegakkan suatu kebenaran.

"Cukuplah Allah sebagai pengurusku, tiada Tuhan melainkan Allah, kepadaNya aku bertawakal dan Dia Pentadbir Arasy yang besar".

Sunday, May 9, 2010

Cacian dan Makian Itu Ujian Keimanan

Tak pernah seumur hidup saya melihat atau mendengar ada manusia yang cukup tinggi tahap kesabarannya apabila dihina dan dikeji...melainkan cerita tentang kesabaran Rasulullah s.a.w.. dan yang terbaru saya membaca kisah kesabaran seorang hamba Allah yang bernama Abu Uthman. Macam mana teruk sekalipun dia dicaci..dia tetap bersabar. Bagaimana agaknya kalau kita dicaci? Akan bersabarkah kita sebagaimana sabarnya rasulullah atau sabarnya Abu Uthman?

Ermm saya sendiri belum sampai tahap sabar begitu...semoga suatu hari nanti Allah berikan tahap kesabaran yang tinggi kepada saya..amin ya Rabbal A'lamin.

Tahap kesabaran Abu Uthman akhirnya telah menyebabkan seorang tua yang mencaci maki beliau tunduk, insaf dan merayu untuk menjadi murid kepada beliau.

Hari ini saya telah dimarahi oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang agak berumur. Bukan salah saya pada pandangan saya. Lelaki Cina itu menaiki basikal menentang arus jalan raya yang bertanda jalan sehala. Laluan itu cukup kecil...muat sebuah kereta dan agak berbahaya jika berselisih... saya telahpun memandu kereta saya setepi yang boleh tapi agak takut jika tergesel dinding belakang rumah kedai. Saya berselisih dengan basikal yang ditunggangi lelaki Cina itu. Agaknya dia ketakutan bila berselisih dengan kenderaan saya...jadi dia telah menjerit sekuat hati memarahi dan memaki saya, dia bilang..."babi....kereta besar......" panjang lagi kata-kata kesat yang dilemparkan...hampir tidak jelas di telinga saya. Saya tersenyum mendengarnya....semua berlaku secara spontan..

Orang-orang yang ada berhampiran saya kelihatan meninjau-ninjau. Lelaki berbangsa Cina itu agak kurang sihat mentalnya... jeritan dia mengusik jiwa saya...ada sedikit rasa takut..ada juga rasa kelakar...nasib baik dia tak memasukkan tangannya melalui tingkap pintu kereta.. Alhamdulillah. Satu pengajaran tentang kehidupan..esok lusa insya'Allah saya tepikan lagi kereta saya sekiranya saya melalui sebatang jalan yang sempit dan berselisih dengan orang lain yang menentang arus jalan raya.

Saturday, May 8, 2010

Idola Jihad




Dzokhar Musayevich Dudayev, nama yang agak asing bagi kita rakyat Malaysia. Beliau antara ribuan pejuang Islam yg mendapat tempat di dalam hati saya. Berani,tegas,dan bijak. Dilahirkan ketika Stalin memerintah Soviet Union. Stalin dikenali sebagai orang yang gila kuasa.

Dzokar ditakdirkan lahir untuk menjadi seorang jeneral di dalam di dalam tentera Soviet Union. Beliau pernah menjadi komandan dalam tentera udara yang memimpin juru terbang khas yang menerbangkan pesawat pengebom nuklear di Markas Tentera Udara Tartu.

Setelah Dudayev dewasa , semakin hari perasaan benci timbul dan semakin menebal terhadap angkatan tentera soviet. Pada 1990, sebagai komanda base camp pesawat pejuang, beliau mendapat arahan kremlin agar menghantar pesawat pengebom untuk menyerang pengikut demonstrasi yang menuntut kemerdekaan di Baltic. Beliau dengan sangat gagah dan tegas, Dudayev menolak arahan tu. Malah beliau membenarkan bendera Estonia berkibar di pangkalan udara pimpinannya.

Akibat tindakan Dudayev, beliau telah dipindahkan atau lebih tepat dibuang ke Grozny yang ketika itu masih menjadi salah satu wilayah jajahan Soviet.

Beliau akhirnya mengundurkan diri daripada pasukannya. Soviet Union yang bergolak ketika itu akhirnya musnah/ runtuh dan komunis berkuasa sepenuhnya. Boris Yeltsin berkuasa sepenuhnya dan menjadi presiden Rusia.

Diringkaskan cerita, Dudayev memenangi pilihan raya sebagai presiden pertama republik Chechnya. Kepulangan beliau ke Grozny dinanti oleh ulama' yang sentiasa merinduinya. Ulama' memainkan peranan penting dalam mengundi Dudayev untuk memenangi pilihanraya sebagai Presiden Pertama Republik Chechnya. Chechnya berkembang pesat di bawah presiden Dudayev.

Rusia di bawah presiden Boris Yeltsin merancang untuk menggulingkan Dudayev. Pelbagai rancangan dilakukan oleh Boris Yeltsin tetapi gagal. Kegagalan ini tidak dapat diterima oleh Boris Yeltsin. Boris Yeltsin bekerjasama dengan Amerika untuk memusnahkan Chechnya dan Dudayev. Rusia dan Amerika yg bermusuhan selama ini terpaksa berbaik semata-mata untuk melumpuhkan jihad warga Chechnya. Dudayev terpaksa berpindah randah untuk mengelakan tempat persembunyiannya diketahui musuh.

Walau bagaimanapun akhirnya dengan takdir Allah dua buah jet jenis Sukhoi SU-25 dihantar hasil maklumat yang diberikan oleh setelit perisikan milik Amerika. Lokasi persembunyian Dudayev dibom. Jeneral Dzokhar Musayevich Dudayev syahid. Takbir...Allah hu Akbar....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin ya Rabbal a'lamin.

Cerita di atas dipetik daripada buku Pahlawan Islam Kontemporari, Para Peminang Bidadari yang ditulis oleh Atriza Umar.