Sunday, March 5, 2017

PAKKA ke SMK SERI MENANTI

Khamis 2/3/2017 ..UKM dengan kerjasama kolej Rahim Kajai...mengadakan program PAKKA ke SMK SERI MENANTI ...alhamdulillah..murid-murid dapat mengikuti program yang baik dan sangat bermakna untuk mereka...mudah-mudahan murid-murid SMK Seri Menanti bertambah bersemangat dan terbuka mindanya. Terima kasih daun keladi kepada semua semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh menjayakan program ini...terima kasih kpd Felo Kolej Rahim Kajai dan pelajar-pelajarnya....hanya Allah yg dapat membalas jasa tuan dan semua...

Wednesday, January 4, 2012

Menunaikan Ibadah Haji

Apabila mendapat tahu saya dapat menjadi tetamu Allah...saya menunaikan solat sunat syukur..berdoa.....air mata mengalir....saya menangis teresak-esak ..tidak ada ayat yg dapat menggambarkan rasa syukur yang tidak terhingga...tidak ada suatu gambaran yg dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu....saya telah merasai suatu kehidupan yg terlalu susah bagi diri saya untuk menanggungnya...saya banyak menanggung derita dan kesedihan yang hanya Allah yg tahu apa yang tersimpan kemas di dalam hati saya...saat paling membuatkan saya menderita bila Allah menjemput Abah pulang ke 'pangkuannya'...saya tidak menangis depan orang...tapi saya menangis semahunya setelah semuanya pulang. setelah mak meninggal dunia...saya hanya ada abah..kemudian Allah ambil abah....saya tinggal seorang diri...dengan keadaan kesempitan wang...bersusah payah menguruskan segala pusaka abah mak mengikut wasiatnya...menunaikan apa yg selalunya abah lakukan kepada pakatan kampung....meneruskan urusan demi urusan...

Ketika itulah saya lebih merapatkan diri pada Allah...sebaik-baik tempat mengadu...sebaik-sebaiknya tempat untuk merayu...kalau ditadah air mata...habis sudah basah seluruh bumi Muar..Allah maha penyayang...melebihi kasih sayang manusia kepada saya..

Detik 2011...kesusahan selama ini Allah gantikan dengan suatu yang lebih baik bila kita redha dengan setiap apa yang Allah takdirkan...bermula awal tahun...Allah berikan saya rezeki...dapat hamper cabutan bertuah semasa majlis mesyuarat Agong PIBG sekolah (saya tak pernah dapat)....kemudian saya mendapat peluang menjadi tetamu Allah...kemudian Allah berikan rezeki lagi dengan mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang dengan ganjaran RM1000.00, kemudian Allah berikan kenaikkan pangkat .. kemudian Allah berikan saya jodoh yang baik dan anak-anak yang cemerlang akhlak dan budi bahasanya. Subhanallah....tidak ada perkataan yang dpt menggambarkan rasa syukur kepada Allah...melainkan azam yg kuat untuk menjadi isteri yang solehah , hamba Allah yang taat dan ibu yang penyayang dan bertanggung jawab, kakak yang baik utk adik-adik...

Jadi peluang menunaikan haji saya gunakan sepenuhnya untuk beribadah..berdoa untuk semua yang saya kasihi, untuk anak-anak, adik-adik, saudara mara..juga untuk semua kawan-kawan terutama yang memberikan sumbangan dan mempermudahkan urusan saya untuk menunaikan fardhu haji....duit yang saudara mara dan kawan-kawan sumbangkan saja melebihi RM 1500.00 ..saya manfaatkan sebaiknya duit itu supaya mereka mendapat bahagian drp apa yg mereka sumbangkan....Semoga Allah membalas keikhlasan mereka dengan kebaikkan yang tidak terbatas...

Sebelum berangkat menunaikan fardhu haji, saya menziarahi pusara abah, mak dan atuk...saya terlalu rindukan mereka...duduk di tepi pusara sambil membacakan surah yassin dan berdoa...kemudian sebelum balik saya berkata-kata seorang diri di hadapan kubur abah," bah, izah nak gi haji...nanti depan kaabah...izah akan doakan abah, mak ngan atuk masuk syurga" ...air mata mengalir laju...saya mengesat air mata dengan lengan baju...kemudian bergegas pulang..air mata tu teman hidup saya selama ni...

Urusan haji saya dipermudahkan, alhamdulillah...saya selesai menunaikan segala urusan haji pada pagi hari Jumaat...Alhamdulillah...tawaf saya pagi jumaat itu sungguh mudah, ada dua pusingan yang saya berasa hairan kerana terlalu cepat saya tawaf hingga tiba-tiba saya dapati sudah berada kembali di titik permulaan pusingan tawaf.....bila dikenangkan semula...air mata akan bergenang...bersyukur yg kemudahan yang Allah berikan..kalau sekiranya tidak ada orang yang menyayangi saya, saya tahu Allah sayang saya...dan saya telah lama redha dengan ketentuannya...

Jadilah hamba Allah yang taat...sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan, jangan mendabik dada dengan apa yang kita ada...redhalah dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita..insya'Allah, Allah akan gantikan setiap kesedihan dengan kegembiraan, dan akan gantikan apa yang hilang drp kita dengan suatu yang lebih baik....segala puji bagi Allah...

Sunday, September 25, 2011

Wahai Anak-anakku

Wahai anak-anakku...cuba kita imbas kembali saat anak-anak masih kecil, siapakah yg menyuap mulut mu dengan makanan...siapakah yg menyusukan mu, siapakah yg memandikan mu, siapakah yg bertungkus lumus bangun pagi menyiapkan mu ke sekolah, siapakah yg bersengkang mata tatkala kamu sakit, siapakah yg menyisir rambutmu dengan kemas, siapakah yg membelikan pakaian mu, siapakah yg membelikan kasut-kasutmu, siapakah yg menurut kata permintaan mu, siapakah yg menyapu minyak urut ketika kamu sakit perut, siapakah yg membelikan nasi bungkus sebagai makanan mu waktu lapar, siapakah yg menggosokkan pakaian sekolah mu ketika kamu belum pandai mengosoknya sendiri, siapakah yg menghulur wang saku utk kamu ke sekolah, hatta pakaian dalammu sekalipun dari manakah sumber wang yg digunakan utk membelinya.Jawapannya ibu dan ayah kamu yg bertungkus lumus mencari rezeki...

tergamakkah kamu melupakan jasa-jasa mereka yang tidak akan mampu kamu balas walau dengan wang ringgit yg berjuta. Tergamakkah kamu mengherdik dan memburuk-burukkan org tua kamu hanya kerana kesilapan kecil (kesilapan kecil jika dibandingkan dengan jasa mereka) yang mereka lakukan ke atasmu, apakah kamu tidak dapat menilai sedikit pun penat lelah mereka membesarkan kamu, menyekolahkan kamu, membayar yuran-yuran sekolah kamu, memberikan wang saku...pernahkah kamu bertanya kepada mereka, adakah mereka mempunyai wang yg cukup setiap bulan utk menanggung kehidupan...membela anak-anak, membayar segala hutang piutang....pernahkan kamu bertanya??

selalu-selalulah memerhatikan ibu dan ayah kita, ambillah berat tentang mereka, mereka juga ada perasaan. Janganlah kita lalai dalam menjaga hati org tua...bertindaklah segera, sebelum mereka menutupkan mata....

sayangilah mak dan abah kita....kita lahir dari benih mereka....meskipun ada di antara kita anak angkat atau anak tiri...mereka tetap ibu bapa kita...

Tuesday, May 31, 2011

Anak Derhaka


Keterangan Hadis diriwayatkan Imam Tabarani,

Tanda-tanda kiamat
1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan org tua
2. Hujan berkurangan, cuaca menjadi panas, udara telah tercemar
3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan utk berbuat jahat terlalu banyak
4. Orang yg membuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yg sewajarnya
5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua
6. Orang-orang jahat sudah berani melawan orang baik dan tidak segan terhadap mereka

dipetik daripada kuliah ustaz Azhar Idrus

Belajarlah menyayangi orang tua kita...tanpa mereka tiadalah kita dengan izin Allah...jangan sesekali kita melukakan hati mereka. Jadilah anak-anak yang soleh yg mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan berbakti kepada mereka. Jangan sesekali kita menjadi anak yang derhaka. Jangan sesekali kita meninggikan suara melebihi suara ibu bapa kita...

Bagaimana sikap kita hari ini kepada kedua ibu bapa kita, begitulah sikap anak-anak kita kepada kita suatu hari nanti insya'Allah. Kenanglah susah payah mereka membesarkan kita.


Wednesday, March 30, 2011

Doa

Ramai orang yang teraniaya di atas muka bumi Allah ini....dianiayai oleh makhluk yang rakus dengan kehidupan dunia...kekuasaan ..dan terpedaya dengan kehebatan dan kekayaan yang Allah berikan kepada mereka tanpa mereka sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar bahawa segala kehebatan, kemewahan dan kuasa di atas muka bumi ini hanyalah sebagai ujian Allah kepada mereka......





sebak bila mendengar doa yang dibacakan, bertambah sebak bila beliau ditangkap oleh manusia-manusia zalim yang tidak takut pada Allah yang maha berkuasa. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Walaupun doa ini telah dibaca beberapa tahun dahulu tapi ia masih segar dalam ingatan dan pendengaran saya. Semoga Allah memberi pertolongan kepada hamba-hambanya yang teraniaya....amin ya rabbal A'lamin...

Surah Al-Anfal ayat 19...

19. jika kamu (hai orang-orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak Yang benar) maka Sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka Yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang beriman.



Tuesday, March 22, 2011

Bala Bencana




































Akhir-akhir ini kita melihat dunia yang semakin uzur bertambah uzur dengan berlakunya gempa bumi, ribut taufan, tsunami, banjir besar, peperangan demi peperangan, pembunuhan, kebakaran, penyakit, dan sebagainya..kita selalu berkata...kasihan mereka, simpati.....adakalanya kita turut menangis melihat penderitaan yang dilalui oleh mereka yang ditimpa musibah. Begitulah sifat penyayang yang ada di dalam diri kita...Alhamdulillah...saya mengajak diri saya dan para pembaca berfikir dan melihat kembali semua bala bencana yang telah Allah turunkan kepada kita...Mengapa semua itu berlaku...

surah Ar Rumm ..ayat 41..

41. telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Cuba kita sama-sama mengetuk hati dan jiwa kita untuk menilai apa yang tertulis di dalam Al-Quran.....mengapa masih ada yang cuba menafikan ayat-ayat Allah ...sudah tertulis bahawa kerosakan dan bala bencana di darat dan laut itu disebabkan perbuatan kita semua sebagai hamba Allah yang tidak mahu bersyukur dan memelihara setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat..(Manakala maksud Kufur Nikmat ialah tidak menggunakan nikmat Allah S.W.T pada jalan yang betul. Dengan kata lain, menggunakan nikmat yang diberikan pada jalan yang dibenciNYA)....


Lihatlah kekejaman manusia












Bilakah kita akan sedar semua yang berlaku di alam ini adalah disebabkan kesalahan kita sendiri....sama-samalah kita belajar untuk berfikir saat ini.....jangan kita menunda masa berfikir hingga sampai satu masa yang kita tidak lagi perlu untuk berfikir...

Sama-samalah kita membuka hati, jiwa dan seluruh jasad kita untuk mendekatkan diri pada Allah, mencintai rasulullah....berdoalah supaya kita menjadi hamba Allah yang benar-benar bersyukur dan ikhlas dalam setiap amal ibadah kita semata-mata kerana Allah....niatkanlah setiap amal kita adalah sebagai jihad fisabilillah....

Janganlah kita megahkan kehidupan dunia kita ....setiap yang kita ada adalah milik Allah semata-mata..Allah berhak memberi dan mengambil semuanya sebagai ujian Allah kepada kita...

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah ...mukminin dan mukminat yang menetapkan setiap amalan adalah tanda kita bersyukur di atas kasih sayang Allah kepada kita...insya'Allah


Friday, March 4, 2011

Surah Yassin



Imam al-Ghazali r.a berkata : Ketahuilah wahai saudaraku, adalah surah yassin ini amat banyak kelebihan dan faedahnya seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama'.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. katanya telah bersabda nabi s.a.w,: bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu mempunyai hati atau intinya, maka hati atau inti Al-Quran itu adalah surah Yassin.

Fadhilat membaca Al-Quran:

1. Sabda nabi s.a.w: barang siapa membaca surah Yassin pada malam hari, maka pada paginya akan diampunkan dosa-dosanya yang kecil-kecil. Meriwayatkan hadis ini oleh Abu Nu'aim daripada Al-Hilyah.

2. Sabda Nabi s.a.w : Barang siapa membaca surah yassin sebanyak satu kali maka seolah-olahnya dia membaca Al-Quran sebanyak dua kali. Telah meriwayatkan hadis ini oleh imam baihaqi di dalam sya'bul iman.

10 Keberkatan Surah Yassin
Ulama- ulama menerangkan bahawa surah Yasin itu mengandungi 10 berkat iaitu :

1. Tiada membaca akan dia oleh yang lapar dan dahaga melainkan akan merasa kenyang
dan hilang dahaganya.
2. Binatang peliharaan yang tersesat akan dipulangkan kembali kepada tuannya.
3. Tiada membaca akan dia oleh orang yang tiada berpakaian melainkan datang
pakaiannya.
4. Tiada yang bujang melainkan bertemu jodohnya.
5. Menghilangkan ketakutan dan menimbulkan keamanan.
6. Menyembuhkan penyakit.
7. Melepaskan dari kurungan
8. Memelihara orang yang musafir dalam perjalanannya.(diberikan pertolongan
kepadanya)
9. Menghapuskan perasaan sedih dan dukacita.
10. Mengembalikan barang yang hilang yang telah dicuri orang.

Sumber rujukan :

1. Buku Fadhilat dan Amalan Membaca Surah-surah Pilihan
2. 10 keberkatan Surah Yasin & faedahnya by Wanita Solehah Itu, Bidadari Syurga.